BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Empat peragut tegar di Kuching akhirnya tumpas

KUCHING: Empat rakan sejenayah tegar yang melakukan jenayah ragut di bandaraya Kuching akhirnya tumpas di tangan pihak polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, tangkapan pertama telah berjaya dilakukan ke atas suspek pertama di kawasan BDC Kuching. 
"Tangkapan tersebut telah berjaya dibuat dalam tempoh 48 jam laporan dibuat oleh pengadu. Susulan tangkapan ke atas suspek pertama tersebut, telah membawa kepada tiga lagi tangkapan suspek yang bersama- sama di dalam kejadian tersebut beberapa hari kemudian. 

"Tangkapan kedua di sebuah hotel budget di jalan Canna, Kuching, manakala suspek terakhir telah ditangkap di Jalan Simpang Tiga,"katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kesemua suspek ini tinggal menyewa rumah secara berasingan bagi mengaburi mata pihak berkuasa dalam usaha cuba menutup jejak mereka. 

"Namun dengan kecekapan pihak polis telah berjaya mengesan dan seterusnya membuat tangkapan ke atas kesemua suspek.

"Terdahulu kita menerima satu aduan menyatakan telah menjadi mangsa ragut pada 26 April lalu, sekitar 4.30 pagi di Jalan Pending Kuching,"jelasnya.

Katanya, ketika itu pengadu bersama dengan adiknya (perempuan berusia awal 20an) sedang menunggu majikan mereka sampai untuk ke tempat kerja,tiba -tiba dua suspek lelaki telah datang dan meragut telefon bimbit dan juga beg sandang ( Wang tunai dan barang peribadi) daripada kedua dua mangsa.

 "Dengan tertangkapnya keempat -empat suspek ini, telah membawa kepada rampasan (recover) barang kes mangsa seperti kat ATM, kad psengenalan diri dan buku nota milik mangsa. 

Turut dirampas 2 motosikal jenis Yamaha Lagenda, Yamaha 125Z, helmet dan pakaian yang digunakan semasa melakukan jenayah.  

Kesemua suspek yang telah berjaya ditahan ini merupakan warga tempatan dan berusia dalam lingkungan 20 - 32 tahun dan tiada pekerjaan tetap. 

Semakan ke atas rekod jenayah mendapati kesemua suspek ini mempunyai banyak rekod lampau berkaitan dengan jenayah harta benda dan juga dadah. 

Kes disiasat atas kesalahan melakukan samun berkumpulan di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan yang mana memperuntukkan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan sebat.
« PREV
NEXT »

No comments