BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dua suspek kempunan daging kambing

MIRI: Hasrat dua suspek untuk menikmati daging kambing tidak kesampaian apabila ditangkap di sebuah pasar raya di Lutong.

Suspek yang cuba meloloskan diri dengan mencuri daging kambing, minyak wangi, beberapa helai pakaian tanpa membuat pembayaran berjaya dikesan pengawal keselamatan.

Kedua-dua suspek berusia 25 tahun dan 20 tahun ditahan sekitar jam 2 petang lalu pada Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supritendan Sabri Zainol berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
« PREV
NEXT »

No comments