BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dua daerah di Miri status Hijau

MIRI: Daerah Telang Usan dan Marudi diumumkan status Hijau masing-masing pada 10 dan 17 Mei lalu.

Tiga lagi daerah lain dalam Bahagian Miri masih dalam status Zon Merah iaitu Daerah Miri, Subis dan Beluru.

Menteri Pengangkutan Sarawak Merangkap Menteri Bertanggungjawan Jawatankuasa Pengurusan bencana Bahagian Miri, Datuk Lee Kim Shin berkata, semua Pegawai Daerah di Bahagian Miri telah diminta untuk memantau dengan ketat pematuhan SOP PKPB di rumah-rumah panjang dan kampung-kampung seliaan masing-masing.

Menurutnya, pasukan penguat kuasa Daerah Miri
juga telah mengadakan lebih banyak rondaan serta melakukan pemantauan secara ketat pematuhan SOP PKPB dengan mengenakan kompaun kepada mana-mana pihak yang
ingkar SOP.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan kerana telah bertungkus lumus membanteras penularan pandemik COVID-19. Kerjasama erat orang
ramai amat penting bagi meratakan lekuk COVID-19.

"Kita pernah berada di Zon Hijau selama 172 hari pada tahun lepas dan saya minta jangan leka dan dalam keadaan seperti sekarang, lebih berhati-hati dan berusaha bersungguh-sungguh.

"Bagi individu yang ada gejala, jangan
turun kerja dan terus ke Klinik Kesihatan yang terdekat," katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, pihaknya menzahirkan terima kasih kepada semua agensi, khususnya KKM Miri dan Bomba kerana bertungkus lumus membawa keluar kontak rapat di Long Jegan dengan melalui (dengan menaiki lori dan bas) perjalanan hampir empat jam sebelum sampai ke Pusat Kuarantin di Miri.

Dalam pada itu, susulan insiden penularan COVID-19 di Long Jegan, semua kontak rapat iaitu seramai 206 orang telah pun dihantar ke Pusat Kuarantin dengan bantuan aset (lori) pihak bomba dan juga bas yang disediakan JPBB Miri. 

“Minta kerjasama semua Tuai Rumah dan Ketua Kaum untuk memastikan segala Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 khasnya berhubung pengkebumian dan lain-lain aktiviti yang digariskan dalam SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) dipatuhi," kata Datuk Lee.

JPBB Miri memohon kerjasama orang ramai agar lebih berhati-hati dan bersama memerangi pandemik ini.

JPBB Miri ingin mengingatkan masyarakat agar sentiasa mematuhi SOP dan elakkan 3C iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation) dan amalkan 3W merangkumi kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
(wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam (wear), serta mengikuti nasihat yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (warn).


Senarai lokaliti yang masih dalam Perintah Sekatan Pergerakan adalah seperti berikut:

Rumah Panjang/Lokaliti Daerah Tempoh Perintah Sekatan Pergerakan
1. Rh. Libau Subis 05.05.2021-19.05.2021
2. Rh. Genatan Subis 07.05.2021-21.05.2021
3. SK Long Jegan Beluru 23.04.2021-20.05.2021
Datuk Lee Kim Shin juga mengesahkan sebelas (11) buah rumah panjang yang telah tamat
Perintah Sekatan Pergerakan berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat
Kesihatan Bahagian Miri seperti berikut:

Rumah Panjang Daerah Tempoh Perintah Sekatan Pergerakan
1. Rh. Bulin Anak Nyalu Subis 04.03.2021-01.04.2021
2. Rh. Danggang Anak Tubai Subis 08.03.2021-04.04.2021
3. Rh. Agnes Ngarega Beluru 26.03.2021-08.04.2021
4. Rh. Suring Anak Jelian Beluru 31.03.2021-04.04.2021
5. Rh. Embuas Anak Kanda Beluru 05.04.2021-18.04.2021
6. Rh. Douglas Bungan Beluru 08.04.2021-21.04.2021
7. Rh. Alias Bon Subis 08.04.2021-21.04.2021
8. Rh. Jumat Anak Aji Subis 12.04.2021-25.04.2021
9. Rh. Merikan Lobang Komp Marudi 13.04.2021-26.04.2021
10. Rh. Freddy Anak Randi Beluru 21.04.2021-05.05.2021
11. Rh. Kiam Anak Ujai Marudi 27.04.2021-10.05.2021
« PREV
NEXT »

No comments