BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dua cedera kemalangan


ASAJAYA: Dua lelaki cedera  dalam kejadian kemalangan di KM 17 Jalan Kota Samarahan/ Sadong Jaya petang tadi.  

Kejadian yang berlaku sekitar jam 3.30 petang melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil dipandu oleh lelaki berusia 36 tahun dan Proton Iswara yang dipandu lelaki berusia 51 tahun.  

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan berlaku apabila Proton Iswara bergerak dari arah Asajaya menuju ke Kota Samarahan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan Perodua Kancil yang datang dari arah bertentangan.

Kes masih dalam siasatan polis.
« PREV
NEXT »

No comments