BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Datuk Bandar MBKS mengaku bersalah

KUCHING: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Wee Hong Seng mengaku bersalah dan membayar kompaun hari ini.

Wee mengakui dia bersama-sama rakan setugas dilihat meraikan sambutan hari jadi secara sederhana ketika makan tengah hari selepas mesyuarat.

"Hari ini, saya minta maaf secara terbuka.

"Sebelum itu, ketika mesyuarat di MBKS, rakan saya membuat kejutan dengan meraikan makan tengah hari secara sederhana serta sambutan hari jadi.

"Saya kemudian menyedari bahawa makan tengah hari yang sederhana boleh dilihat sebagai meraikan sambutan hari jadi.

"Ini tidak boleh dimaafkan, jadi saya memutuskan untuk memperbaiki dengan mengakui bahawa ini tidak baik," katanya dalam facebook.

Beliau berkata, dia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesalahan tersebut dan meminta pasukan penguat kuasa MBKS mengeluarkan kompaun kepadanya.

"Saya akan menggunakan wang peribadi saya sendiri untuk membayar denda ini.

"Saya minta maaf kepada semua orang Kuching, ini tidak seharusnya berlaku. Dan saya berjanji tidak akan berlaku lagi," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments