BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Cubaan seludup 23,400 liter minyak petrol gagal

BINTULU: Unit Risikan Marin (URM) Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Bintulu mematahkan cubaan
menyeludup 23,400 liter minyak petrol Ron 95 dan Ron 97 dianggarkan bernilai RM54,900 dalam operasi pemeriksaan Op Kontraban di Jalan Pesisir Pantai Kuala Tatau, jam 6 petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPMW5 Bintulu, ASP Ezuandi Bahadin berkata,pemeriksaan ke atas lori tangki rigid model Hino itu menjumpai 12,60 liter petrol Ron 97 dan 10, 800 liter petrol Ron 95.

"Pemandu lori terbabit lelaki tempatan berusia 40 tahun gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan kebenaran bagi memiliki atau membawa bahan api itu daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

"Kes diserahkan kepada KPDNHEP Cawangan Bintulu bagi menjalankan siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalan kenyataan hari ini.

Katanya, laporan polis sudah dibuat berhubung perkara itu, lori tangki serta muatan minyak petrol dalamnya turut disita sebagai bahan bukti kes 

"Kita akan terus menjalankan pemeriksaan serta operasi dari masa ke masa dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan bahan api di Bintulu,"ujarnya.
« PREV
NEXT »

No comments