Bungkusan makanan berisi dadah

KUCHING:Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengetahui identiti sebenar lelaki yang menghantar bungkusan makanan berisi dadah syabu kepada penghuni yang menjalani kuaratin di sebuah hotel di Jalan Padungan,di sini, tengahari tadi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengahari ketika anggota polis bersama dua 
anggota Rela sedang bertugas di hotel terbabit.

"Seorang lelaki datang untuk menghantar bungkusan makanan kepada seorang penghuni di pusat kuarantin tersebut dan terus meninggalkan tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Katanya,setelah diperiksa bungkusan barang yang dihantar telah menjumpai dua peket plastik lut sinar masing - masing berisi ketulan - ketulan kristal yang disyaki dadah syabu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 yang melibatkan rampasan tanpa tangkapan.
Share: