BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Berhibur di Bistro, 5 di kompaun langgar PKPB

KUCHING:Seramai empat lelaki dan seorang wanita warganegara tempatan berumur 23 hingga 50 tahun dikenakan kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) malam tadi.

Pengeluaran kompaun itu dibuat susulan serbuan dan pemeriksaan yang dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasataan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching ke atas sebuah premis bistro di Jalan Song, Tabuan Jaya, jam 9 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superitendan Merbin Lisa berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) PKPB iaitu tidak mematuhi arahan SOP yg dikeluarkan kepada restoran, kedai makan, bistro, cafe, gerai makanan dan minuman.

"Lima individu yang dikompaun itu termasuklah pemilik bistro, lelaki tempatan berusia 42 tahun. 

"Kesemua mereka dibawa balik ke IPD Kuching untuk pengeluaran kompaun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan masyarakat dinasihatkan agar sentiasa patuh dan mengikuti SOP yang telah dikeluarkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

"Pihak PDRM khasnya IPD Kuching bersama penguatkuasa Agensi Sahabat lain sentiasa menjalankan amanah dan penguatkuasaan di dalam mengawal dan mencegah penularan wabak COVID-19. 

"Kita berharap orang awam turut memainkan peranan mereka bagi memutuskan rangkaian penularan Covid-19 ini," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments