BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bawa syabu dalam beg lusuh


KUCHING: Taktik membawa beg kecil lusuh berisi syabu terbongkar, apabila dua suspek ditahan dalam sekatan jalan raya (SJKR) Kampung Suba Buan, Jalan Bau-Serikin.

Suspek masing-masing berusia  28 dan 21 tahun  sekitar jam 1.20 tengah hari ketika menaiki motosikal. 
Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata semasa pemeriksaan ketika sekatan, salah seorang suspek berusia 28 tahun terlihat membawa beg kecil.

Menurut, terdapat satu peket plastik lut sinar berisi ketulan-ketulan kristal putih disyaki dadah berbahaya jenis syabu. 

"Dadah berkenaan dirampas  dan kedua-dua suspek dibawa kebalai untuk saringan," katanya dalam satu kenyataan.

Suspek berusia 28 tahun disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan di bawah Seksyen 15 (1)(a)  Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine.
« PREV
NEXT »

No comments