BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bank bergerak pertama jelajah sembilan kawasan pedalaman

KUCHING: Agrobank merupakan antara Bank yang pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan Bank Bergerak di sembilan kawasan bagi membantu komuniti luar bandar Sarawak. 

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Datuk Patinggi (Dr) Abang Johari Tun Datuk Abang Openg, Ketua Menteri Sarawak.
Majlis pelancaran Bank Bergerak ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Agrobank bagi membantu golongan yang kurang mendapat perhatian (unserved and underserved community) ke arah mencapai rangkuman kewangan serta memperluaskan akses pembiayaan yang juga merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dan Bank Negara Malaysia Sarawak.

Dengan potensi pembangunan kegiatan ekonomi di Sarawak, Agrobank melihat keperluan yang lebih besar untuk membantu mendorong peningkatan ekonomi negeri Sarawak. 

Perkhidmatan bank bergerak ini akan memanfaatkan penduduk di wilayah selatan Sarawak iaitu; Padawan, Bau, Lundu, Sematan, Linggan, Pantu, Tebedu, Asajaya dan Sebuyau.
« PREV
NEXT »

No comments