BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bakar wanita, pemandu lori didakwa


KUALA TERENGGANU, 11 Mei (Bernama) -- Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sebuah jalan di sini dengan kesan terbakar pada keseluruhan badan.

Badrul Hisham Mat Jusoh, 37, dari Bukit Payong, Marang hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa telah membunuh Che Janiah Jaafar, 55, di Kilometer 16 Jalan Kelantan, Kampung Padang Air di sini antara 9.30 malam, 16 April dan 7.15 pagi, 17 April lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Nordiana menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada pagi 17 April lepas, satu mayat tanpa identiti dengan kesan terbakar keseluruhan badan ditemukan di tepi jalan di Kampung Padang Air di sini oleh pekerja kebersihan.

Mayat yang identitinya kemudian telah disahkan adalah Che Janiah dikatakan telah dibunuh di tempat lain sebelum dibawa ke lokasi penemuan dan dibakar.

-- BERNAMA

 


« PREV
NEXT »

No comments