BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Khidmat kesihatan Sarawak lumpuh jika varian Covid-19 India masuk


KUCHING: Kadar kes penularan Covid-19 di Sarawak membimbangkan apabila mencatatkan jumlah kes melebihi 100 kes sehari sejak 13 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing berkata, sebanyak 405 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan kumulatif kes positif COVID-19 di Sarawak adalah sebanyak 38,383 kes. 

Menurutnya, terdapat 81 kluster yang masih aktif di seluruh Sarawak
berbanding hanya 16 kluster aktif pada pertengahan bulan Februari 2021.

"Kebanyakan kluster ini terjadi berpunca daripada perhimpunan beramai-ramai
semasa majlis perkahwinan, majlis hari jadi dan aktiviti sosial seperti gotong-royong yang sepatutnya boleh dielakkan. 

"Selain itu, terdapat juga kluster yang berpunca dari tempat kerja, majlis pengebumian, rumah panjang dan institusi pendidikan akibat kegagalan mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) sedia ada," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kes kematian akibat COVID-19 juga menunjukkan peningkatan sejak bulan Februari iaitu bilangan kematian dilaporkan sebanyak 27 kes seminggu dalam tempoh dua minggu lalu.

"Pada hari ini, sebanyak 71 kes COVID-19 masih dalam keadaan kritikal di wad ICU termasuk 26 kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

"Manakala, kapasiti katil ICU di Sarawak juga di paras kritikal terutamanya di Hospital Sibu dan Hospital Kapit. Untuk
makluman, setakat ini, hanya hospital kerajaan di Sarawak yang hanya dapat
memberikan perkhidmatan penjagaan pesakit kritikal akibat jangkitan COVID-19," katanya.

Beliau berkata, nilai R bagi negeri Sarawak adalah 0.95 dan ianya masih tinggi
dengan bilangan kes harian yang masih belum menurun setakat semalam.

Sehubungan itu katanya, orang ramai
dinasihatkan agar jangan sekali-kali leka dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

"Penemuan pertama virus mutasi COVID-19 yang berasal dari India iaitu B.1.517.2 telahpun dilaporkan di Malaysia pada 2 Mei 2021 yang lalu dan sekiranya varian ini memasuki Sarawak, ianya mampu melumpuhkan perkhidmatan kesihatan di Sarawak dengan pantas," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments