BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

690 penghuni rumah panjang terjejas, sekolah dinaiki air


MIRI: Bilik Gerakan Bencana Daerah Kecil Mulu melaporkan beberapa kawasan rumah panjang dan sekolah telah dinaiki air.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah MiriKapt. (PA) Usman Bin Harto berkata, tiga rumah panjang terjejas melibatkan lebih 690 penghuni

”Rumah panjang terjejas iaitu Kampung Batu Bungan melibatkan 87 pintu iaitu 270 penghuni, Kampung Sungai Melinau Mulu (320 Orang), Kampung Long Iman (64 Pintu, 200 Orang),

”Keadaan paras air menahan dan keadaan cuaca hujan. APM Miri hanya dapat menghubungi Guru Besar Sk Penghulu Baya Mallang,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu turut terjejas Pejabat Daerah Kecil Mulu (9 staf), Klinik Kesihatan Mulu (12 staf), SK Batu Bungan (Bilangan Guru & AKP: 35 orang), CAAM Quarters Mulu (35 orang) dan SK Penghulu Baya Mallang ( Bilangan Guru & AKP 6 orang),

Sementara itu katanya, PPD Baram telah melaporkan terdapat tiga buah sekolah yang terjejas banjir pada pukul 11.30 pagi.

”Keadaan sekolah pada masa ini terkawal kerana sekolah beroperasi dalam tempoh PDPR. Keadaan cuaca masih mendung. Guru besar di setiap sekolah tidak dapat dihubungi.

“Kawasan terjejas SK Long Luteng (Bilangan Guru & AKP: 20 Orang, SK Long Atip (Bilangan Guru & AKP: 14 Orang), SK Long Moh ( Bilangan Guru & AKP: 16 Orang),” katanya.
« PREV
NEXT »

No comments