65 TASKA dibenar beroperasi

KUCHING: Sebanyak 65 buah TASKA telah diluluskan dibenarkan beroperasi daripada 78 permohonan yang diterima.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seru Fatimah Abdullah berkata, TASKA diluluskan untuk beroperasi bagi anak-anak fronfliners melibatkan 187 orang.

”Sebanyak 12 buah TASKA tidak diluluskan kerana tidak mempunyai anak-anak frontliners, manakala sebuah TASKA lagi 
tidak diluluskan kerana belum berdaftar. 

“Setelah merujuk kepada Sarawak Disaster Management Committee (SDMC), 
keputusan telah dibuat bahawa TASKA yang telah memohon dan diluluskan oleh 
Kementerian kami untuk memberi perkhidmatan kepada anak-anak frontliners sahaja, juga dibenarkan untuk memberi perkhidmatan kepada anak-anak yang ibu bapanya tergolong di dalam perkhidmatan perlu (essential services) 
berkuatkuasa 4 Mei,” katanya padea sidang media hari ini.

 Untuk rekod, setakat 30 April 2021, terdapat sejumlah 2,795 buah TADIKA dan 234 TASKA yang berdaftar di negeri Sarawak. Penutupan TADIKA dan TASKA dalam zon merah melibatkan 
2,518 buah TADIKA dan 213 buah TASKA. 

Bekiau berkata, TASKA lain pula, sekiranya terdapat 
keperluan untuk memberikan perkhidmatan kepada anak-anak yang ibu
bapanya tergolong di dalam perkhidmatan perlu (essential services), pengusaha 
perlu memohon kelulusan untuk beroperasi terlebih dahulu daripada Bahagian 
Pembangunan Awal Kanak-kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan 
Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK). 

“TASKA hanya boleh beroperasi setelah mendapat kelulusan daripada pihak 
Kementerian. Ini adalah salah satu usaha Kerajaan Sarawak untuk memberikan 
khidmat sokongan kepada ibu bapa yang perlu memberikan perkhidmatan 
kepada rakyat,” katanya.

Beliau menegaskan, TASKA yang telah diluluskan untuk beroperasi perlu 
memastikan Standard Operating Procedure (SOP) yang telah dikeluarkan oleh 
Kementerian dilaksanakan dengan ketat dan dipatuhi sepenuhnya oleh 
pengusaha, pendidik/pengasuh serta ibu bapa demi mengekang penularan 
wabak Pandemik Covid-19.

Menurutnya, sekiranya terdapat anak atau ahli keluarga yang 
tidak sihat, maka anak tersebut tidak dibenarkan untuk hadir ke TASKA, dan ibu 
bapa perlu memaklumkan kepada pihak TASKA mengenai perkara ini. 

Sehubungan itu katanya, semua TADIKA dan TASKA perlu mematuhi arahan yang ditetapkan dalam usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19.
Share: