BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

6,493 kes baharu, Selangor 2,163 kes


KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kes baharu COVID-19 di Malaysia masih melepasi paras angka 6,000 apabila merekodkan 6,493 kes hari ini, dengan 2,163 daripadanya dilaporkan di Selangor.

Jumlah itu menjadikan Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dalam tempoh 24 jam lepas diikuti Kuala Lumpur dengan 641 kes, Sarawak (612), Kelantan (467), Kedah (434), Johor (406), Perak (382), Negeri Sembilan (370), Pulau Pinang (302), Melaka (165), Pahang (161) dan Sabah (144).

Terengganu pula merekodkan 139 kes disusuli Labuan (84), Putrajaya (20) dan Perlis (tiga).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya memaklumkan keseluruhan kes COVID-19 dalam negara kini berjumlah 498,795. 

-- BERNAMA

 
« PREV
NEXT »

No comments