62 kompaun kluster ICOM

KUCHING: Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching mengeluarkan sebanyak
15 kompaun tambahan yang melibatkan Kluster ICOM Kuching.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang melibatkan kluster ini sebanyak 62 kompaun.

Kluster ICOM melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 20 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di sebuah hospital swasta di sini pada 18 April lepas.

Individu berkenaan mendapat jangkitan semasa menghadiri satu perjumpaan makan malam di sebuah restoran di pusat beli belah City One dan kemudiannya ke sebuah Bistro di Jalan Song pada 13 April

Dalam pada itu katanya, pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 17 kompaun di daerah Kuching (12), Padawan (2), Miri (2) dan Sibu (1) kerana telah melanggar
SOP.

"SOP tersebut ialah tidak mendaftar Aplikasi MySejahtera semasa masuk premis (2), premis beroperasi tanpa kebenaran semasa PKP (1) dan premis beroperasi melebihi masa semasa PKP (2).

"Selain itu, tidak memakai pelitup muka (1), mengunjungi premis yang beroperasi lebih masa (11)," katanya dalam kenyataan 

Beliau berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 6,061 kompaun.

Beliau menambah, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah
mengeluarkan 14 kompaun di bawah seliaan Majlis Bandaraya Kuching
Selatan (5) dan Majlis Daerah Dalat dan Mukah (9) atas kesalahan
pelanggaran SOP.

"Antara kesalahan ialah catatan buku rekod tidak lengkap (tidak mencatat masa (3), mengimbas suhu tidak berfungsi (1), tiada penjarakan fizikal (2), tidak menggunakan pelitup muka (7) dan beroperasi melebihi masa yang ditetapkan (1)," katanya.

Beliau berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan oleh PBT sejak 1 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 144 kompaun.
Share: