BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

512 kes, lima kes kematian

KUCHING: Sarawak mencatatkan 512 kes baharu dan lima kes kematian akibat COVID-19 hari ini.

Sejumlah 353 atau 68.95 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Miri, Bintulu, Sibu, Kapit dan Kuching.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah berkata, Daerah Miri telah merekodkan tujuh (7) kes yang melibatkan
saringan pekerja sektor oil & gas sebelum sign on pada 18 Mei.

"Kesemua tujuh (7) kes tersebut tidak bergejala dan dikesan semasa sedang menjalani kuarantin di Offshore Transit Centre (OTC) sebelum dibenarkan lapor diri di pelantar.

"Kes masih dalam siasatan dan semua kontak rapat akan dikenal pasti untuk menjalani saringan
serta kuarantin.

"Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Miri (96), Bintulu (91), Sibu (69), Kapit (51), Kuching (46), Betong (35), Bukit Mabong (20), Sri Aman (18), Selangau (18), Samarahan (10),
Pusa (9), Sarikei (8), Subis (6), Belaga (6), Tanjung Manis (4), Beluru (3), Song (3), Tatau (3), Kanowit (3), Lawas (2), Serian (2), Pakan (2), Daro (1), Meradong (1), Asajaya (1), Saratok (1), Tebedu (1),
Mukah (1) dan Sebauh (1)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua kluster baharu iaitu Kluster Hulu Spaoh dan Kluster Jelang di Daerah Betong.
« PREV
NEXT »

No comments