BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

50 minit kejar bot nelayan Vietnam



MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri menahan sebuah bot nelayan Vietnam dan sebuah bot nelayan tempatan atas pelbagai kesalahan.
 
Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Md. Fauzi bin Othman berkata, tangkapan pertama dilakukan terhadap bot nelayan asing Vietnam pada jam lebih kurang 8.30 pagi oleh aset Maritim Malaysia pada kedudukan 32 batu nautika dari Kuala Niah. 
Menurutnya, menyedari kehadiran aset Maritim Malaysia, bot tersebut melepaskan peralatan menangkap ikan sebagai cubaan untuk melupuskan bahan bukti dan telah mencuba melarikan diri dari diperiksa oleh pihak penguat kuasa. 

Katanya, Aset Maritim mengambil masa hampir 50 minit mengejar serta memintas tersebut dan berjaya diberhentikan setelah dihimpit rapat. 
"Pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut tidak mendapat kebenaran dari Pengarah Perikanan Malaysia untuk melakukan aktiviti menangkap ikan manakala kesemua enam kru berserta tekong, lelaki warga Vietnam, berumur dalam lingkungan 29 hingga 45 tahun gagal mengemukakan sebarang dokumen perkenalan diri ketika diperiksa," katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, tangkapan kedua adalah bot nelayan tempatan pada jam lebih kurang 10.00 pagi pada jarak 38 batu nautika dari Kuala Niah.
Katanya, ketika diperiksa, bot tersebut memiliki lesen pendaftaran bot yang sah namun telah mengemukakan surat kebenaran menggunakan kru warga asing yang telah tamat tempoh.

"Bot tersebut dikendalikan oleh seorang dua tekong dan enam kru, lelaki warganegara Vietnam yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 62 tahun.
 
"Pemeriksaan terhadap kru bot tersebut mendapati hanya dua daripada kru mempunyai passport negara Vietnam yang sah manakala selebihnya tidak memiliki passport dan hanya memiliki kad pas lawatan untuk bekerja sementara yang telah tamat tempoh. 

"Kesemua kru, bot serta diesel lebih kurang 8,000 liter dan juga 500 kg ikan campur dianggarkan bernilai RM500,000 telah ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Kampung Pulau Melayu, Miri untuk siasatan lanjut," katanya.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menjalankan aktiviti perikanan di perairan Malaysia tanpa kebenaran yang sah dan Akta Imigresen 1959/63 kerana telah gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. 

Kesemua kru akan menjalani ujian saringan COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga setiba di jeti. 

Untuk sebarang aduan serta maklumat berkenaan dengan sebarang aktiviti yang mencurigakan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri ditalian 085-418204 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.
« PREV
NEXT »

No comments