BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

476 kenderaan diarah patah balik

KUCHING: Sebanyak 476 kenderaan diarah berpatah balik ketika ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) sepanjang Op Rentas sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dijalankan pada 10 sehingga 16 Mei lalu di seluruh negeri.

Pemandu diarah berpatah balik keerana tidak mempunyai surat kebenaran untuk merentas negeri dan merentas zon. 

Sejumlah 3,470 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan dalam 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya mengeluarkan 3,470 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh tersebut.

Menurutnya, seramai 8,470 orang dan 6,956 buah kenderaan telah diperiksa di semua lokasi SJR dan lokasi rondaan yang dijalankan.

Katanya, sebanyak 50 lokasi telah diberi tumpuan dengan 34 daripadanya adalah lokasi SJR dan 16 lokasi lain adalah lokasi rondaan. 

"Pemeriksaan di jalan-jalan raya utama di seluruh Sarawak, bagi memastikan tiada individu yang merentas negeri dan merentas zon tanpa permit polis atau tanpa sebab yang dibenarkan iaitu berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi melibatkan eramai 362 orang pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sarawak dan telah berjaya dalam menentukan keselamatan pengguna jalan raya serta memastikan SOP Covid-19 dipatuhi.
« PREV
NEXT »

No comments