BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

433 kes baharu, satu kes kematian

KUCHING: Sarawak mencatatkan 433 kes baharu dan satu kematian akibat COVID-19 hari ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurussn Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah berkata, sejumlah 
268 atau 61.89 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di 
Daerah Miri, Kapit, Sibu, Kuching dan Belaga.

"Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Miri 
(69), Kapit (61), Sibu (48), Kuching (47), Belaga (43), Bintulu (29), 
Pakan (25), Selangau (16), Samarahan (14), Bukit Mabong (10), 
Daro (9), Sarikei (7), Kanowit (6), Pusa (5), Sri Aman (5), Bau (5), 
Mukah (5), Subis (4), Song (4), Beluru (4), Sebauh (3), Serian (3), 
Matu (2), Tatau (2), Tebedu (2), Betong (2), Tanjung Manis (1), 
Asajaya (1) dan Meradong (1). 

"Daripada 433 kes baharu yang dilaporkan, seramai 58 orang telah 
menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 
semasa saringan dijalankan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan tiga (3)
kluster baharu iaitu masing-masing satu (1) di Daerah 
Kuching, Lundu dan Bau. 

Menurutya, jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 83 kluster. 

"Sebanyak sebelas (11) kluster telah merekodkan 86 penambahan kes
baharu manakala 72 kluster tidak merekodkan penambahan kes," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments