BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

405 kes positif, wanita muda 29 tahun antara 5 kes kematian


KUCHING: Wanita berusia 29 tahun antara lima kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini. 

Sarawak mencatatkan 405 kes baharu iaitu 267 atau 65.92 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Miri, Sibu, Kuching, Pusa dan Bintulu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah Embas berkata, kes kematian melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 29 tahun telah dirujuk ke Hospital Bintulu dari sebuah klinik swasta kerana mengalami gejala demam.

"Kes telah dimasukan ke wad dan swab pada 04 Mei 2021 bagi menjalani ujian rT-PCR adalah positif COVID-19.

"Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 13 Mei 2021. Kes mempunyai ko-morbid obesiti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Miri 
(98), Sibu (54), Kuching (42), Pusa (37), Bintulu (36), Kanowit (24), 
Kapit (21), Song (17), Sri Aman (11), Pakan (9), Serian (8), Sarikei (8), Subis (7), Saratok (6), Selangau (4), Bau (4), Samarahan (4), Betong (3), Beluru (3), Sebauh (3), Lundu (2), Merdaong (2), Tebedu (1) dan Belaga (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat 
kepada 38,383 kes.

Menurutnya, daripada 405 kes baharu yang dilaporkan seramai 43 orang telah 
menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
« PREV
NEXT »

No comments