BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

391 positif, lima mati

KUCHING: Sarawak mencatatkan sebanyak 391 kes positif Covid-19 dan lima lagi kematian baharu hari ini.  

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah berkata, Daerah Sibu melaporkan jumlah tertingi dengan 88 kes, Bintulu (55), Miri (50), Kapit (33), Kuching (26), Selangau (23), Sri Aman (19), Samarahan (11), Kanowit (11) dan Sarikei (10).      

"Sementara Mukah mencatatkan 10 kes, Pakan (8), Julau (7), Subis (6), Serian (6), Meradong (5), Tebedu (5), Bau (4), Sebauh (3), Tatau (3), Song (3), Saratok (2), Betong (1), Daro (1) dan Belaga (1)," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, daripada jumlah itu, hanya 58 orang menunjukkan tanda dan gejala jangkitan Covid-19, manakala seramai 308 orang adalah individu yang telah diberi perintah kuarantin

Menurutnya, kes kematian pertama daripada lima kes kematian merupakan lelaki berusia 44 tahun yang ditemui tidak sedarkan diri di rumah.

Katanya, tiada kluster baharu direkodkan dan jumlah kluster aktif di Sarawak kekal sebanyak 76.

"Manakala Daerah Tanjung Manis kembali ke status kuning daripada jingga menjadikan sejumlah 12 daerah kuning 12, jingga (4), merah (24) dan masih tiada daerah berstatus hijau," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments