BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

356 kes baharu, tiada PKP di Sarawak?

KUCHING: Spekulasi Sarawak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang didakwa dengan pengumuman hari ini tidak menjadi kenyataan.

Malah tiada pengumuman khas mengenai perkara tersebut, kerana ramai yang mendakwa Sarawak mempunyai pengurusan berbeza berbanding peringkat persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah Embas berkata, Sarawak mencatatkan 356 kes baru dan dua kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19.

Menurutnya, daripada 356 kes baharu yang dilaporkan, seramai 56 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, seramai 294 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin.

"Sejumlah 63 peratus daripada kes hari ini dikesan di Daerah Miri, Sibu, Kuching, Sebauh dan Selangau.

"Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Miri (80), Sibu (74), Kuching (29), Sebauh (21), Selangau (20), Kapit (18), Pakan (16), Meradong (16), Subis (15), Bintulu (13), Sarikei (12), Song (11), Kanowit (5), Julau (5), Sri Aman (5), Betong (5), Beluru (2), Samarahan (2), Tatau (2), Marudi (1), Saratok (1), Limbang (1), Bau (1) dan Mukah (1)," katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, sebanyak 24 daerah kekal berstatus Merah, empat (4) daerah kekal
berstatus Jingga, 12 daerah kekal berstatus Kuning dan tiada
daerah berstatus Hijau.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua 
kluster tamat iaitu Kluster Sungai Mupong, Meradong dan Kluster Tanjung Genting, Meradong selepas tiada kes baharu dikesan melibatkan kluster-kluster ini dalam tempoh 28 hari yang lepas.
« PREV
NEXT »

No comments