BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

24 daerah Zon Merah, tiada lagi Zon Hijau di S'wak

Grafik asal : JPBNS

KUCHING: Tiada lagi zon hiau di Saraswak apabila Daerah Simunjan pula telah bertukar ke status Kuning 
daripada status Hijau setelah merekodkan satu kes jangkitan 
tempatan baharu pada hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Dougkas Uggah berkata, ini menjadikan jumlah daerah 
berstatus Kuning telah meningkat kepada 12 daerah dan tiada daerah 
berstatus Hijau.

"Hari ini, Daerah Bau telah bertukar ke status Merah daripada 
Jingga setelah merekodkan sebanyak 45 kes jangkitan tempatan 
dalam tempoh 14 hari yang lepas.

"Ini menjadikan jumlah daerah 
berstatus Merah telah meningkat kepada 24 daerah," katanya.

Beliau berkata, Sarawak mencatatkan 587 kes baru COVID-19 iaitu sejumlah 67 peratus daripada kes hari ini dikesan di Daerah Mukah, 
Bintulu, Sibu, Kanowit dan Kuching.

Menurutnya, Daerah Mukah yang telah mencatatkan kes tertinggi iaitu 175 kes
baharu, di mana 95 peratus kes merupakan penghuni di rumah 
panjang yang dikesan melalui aktiviti Active Case Detection (ACD)
dan saringan kontak kepada kes positif, melibatkan rumah panjang 
di bawah PKPD.

"Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah
Mukah (175), Bintulu (61), Sibu (57), Kanowit (56), Kuching (45), 
Kapit (37), Miri (30), Sri Aman (25), Sebauh (20), Song (14), Pakan 
(9), Serian (8), Meradong (7), Subis (7), Bau (6), Betong (5), Beluru 
(5), Tebedu (4), Lundu (4), Tanjung Manis (3), Matu (2), Samarahan 
(2), Tatau (1), Marudi (1), Julau (1), Dalat (1) dan Simunjan (1). Ini 
menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 31,691 kes," katanya dalam kenyataan media.
« PREV
NEXT »

No comments