BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

17 diberkas dalam Op Bersepadu Dadu

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching berjaya menahan seramai 17 orang dalam 14 serbuan berasingan di premis kedai kopi, rumah kediaman persendirian dan kaki kaki lima bangunan komersial yang dipercayai menjalankan aktiviti perjudian atas talian (JOL) dan judi secara terbuka sepanjang tempoh 3 hingga 11 Mei 2021 dalam Op Bersepadu Dadu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superitendan Merbin Lisa berkata, dalam operasi yang dijalankan diketuai oleh bahagian JSJ telah berjaya menahan 17 individu, 13 warga tempatan dan 4 warga Indonesia berusia antara 17 hingga 41 tahun dalam 14 serbuan.  

"Kawasan serbuan di sekitar kawasan Gita, Bintawa dan Tabuan Jaya, kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. 

"Bagi kesalahan ini, ia memperuntukkan hukuman denda RM5,000 hingga RM50,000 dan hukuman penjara hingga tiga tahun jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, satu serbuan ke atas judi terbuka turut dilakukan melibatkan judi jenis Ho Hey Hou atau dalam istilah tempatan Holo. 

"Dalam serbuan ini, dua lelaki tempatan telah berjaya ditahan, masing-masing berusia 36 tahun dan 43 tahun leka berjudi di kawasan terbuka di hadapan sebuah rumah kosong, Kampung Tupong Ulu, Kuching. 

"Kedua-dua suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya jika disabit kesalahan," katanya.
« PREV
NEXT »

No comments