BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

12 dikompaun langgar PKPB

KUCHING: Seramai lima lelaki dan dua wanita warganegara tempatan lingkungan umur 21 hingga 31 tahun dikenakan kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah premis permainan jenis snooker bertempat di Jalan Song, di sini,malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superitendan Merbin Lisa berkata,
pengeluaran kompaun itu dibuat susulan pemeriksaan Pasukan pemantauan IPD Kuching sekitar jam 9.05 malam.

"Sebelum itu pada jam 8.20 malam di City Square, Jalan Pending, Team Pemantau yang diketuai oleh Ketua Polis Balai, Balai Bintawa telah mengeluarkan kompaun terhadap empat lelaki dan seorang wanita tempatan lingkungan umur 15 tahun hingga 17 tahun yang gagal memakai pelitup muka di tempat awam,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,kesemua individu terbabit telah dikompaun di bawah Peraturan 17 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) Pindaan 2021, (No. 21) 2021 kerana tidak mematuhi Arahan Ketua Pengarah. 

"Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Ibu Pejabat Daerah, Kuching untuk pengeluaran kompaun,"ujarnya.
« PREV
NEXT »

No comments