BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

11 ditangkap di laluan gajah

SERIKIN: Dua tekong darat menyeludup keluar sembilan warga asing di sempadan Malaysia-Indonesia menggunakan laluan gajah ditahan awal pagi tadi.

Mereka ditahan semasa anggota tentera
dalam kedudukan serang hendap (SERKAP) di Kampung Stass, Serikin sekitar jam 4.15 pagi tadi.
Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dalam kenyataan berkata, setelah ditahan dan disoal siasat, dua buah kenderaan tersebut dipercayai dipandu
oleh dua orang tekong darat untuk membawa keluar 9 PATI ke Indonesia menggunakan laluan gajah.

"Kesemua mereka bersama-sama dua kenderaan dengan anggaran nilai rampasan RM 67,073.15 dibawa ke Balai Polis Bau untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Beliau berkata, Tentera Darat Malaysia senantiasa bersedia dan meningkatkan lagi kesiagaan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melakukan jenayah dan membolosi sempadan Negara sebilang masa.
« PREV
NEXT »

No comments