Warga emas hilang dari kebun

MIRI: Wanita warga emas hilang selepas tidak balik dari kebun di Rh. Niga, Sungai Nyiro, Tinjar Baram. 
Mangsa berusia 75 tahun dilaporkan pergi ke kebun di Semalai Tinjar pada 24 April lalu.   

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa sebelum kejadian bersama-sama anaknya pergi ke kebun di Semalai Tinjar pada 24 April lalu.
Menurutnya, anak mangsa terus balik ke rumah panjang manakala mangsa tinggal di kebun.

"Ini kerana mangsa kebiasaannya bermalam di rumah kebun tersebut," katanya dalam kenyataan, semalam.
Kehilangan wanita berusia 75 tahun dari Rh. Niga, Sungai Nyiro, Tinjar Baram itu dilaporkan oleh anaknya di Balai Polis Long Lama pada Rabu lalu.

Katanya, kini usaha mencari mangsa kemudian dijalankan bersama penduduk rumah panjang namun masih gagal menemui sebarang petunjuk.
Share: