Wanita melecur rumah hangus

MIRI: Seorang wanita dewasa melecur di bahagian kaki dalam kejadian kebakaran di Lorong 1C Pujut Tanjung Batu sekitar jam 1.38 petang tadi. 
Mangsa telah diberi rawatan awal oleh pegawai kesihatan yang tiba di tempat kejadian.
Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal yang terbakar 80 peratus.
Komander operasi melaporkan, ketika kejadian penghuni rumah tersebut didiami seramai dua lelaki dewasa dan enam perempuan dewasa. 

Sebuah rumah bersebelahan juga terjejas akibat kebakaran dan anggaran kerosakan adalah 20 peratus.
Share: