Wanita lesap ketika menyelam

TE:AGA AIR: Seorang wanita berusia 31 tahun dikhuatiri hilang selepas melakukan aktiviti menyelam pada jarak lebih kurang 23 batu nautika dari Pulau Satang berhampiran Telaga Air, semalam. 

Mangsa bersama tiga penyelam yang lain melakukan selaman sekitar jam 4 petang semalam manakala dua lagi individu hanya menunggu di dalam bot. 

Timbalan Pengarah Operasi Angkatan Pertahanan Maritim Malaysia (APMM) Kapten Yousry Yaali berkata, operasi menyelamat diaktifkan sekitar jam 9 malam semalam dan diteruskan pagi tadi. 

Menurutnya, seramai 30 anggotai daripada pelbagai agensi serta sebuah aset dari Maritim Malaysia, enam bot Pengawal, dua bot Pasukan Polis Marin (PPM), Bot PLC34, serta bersama Pasukan Penyelam telah digerakkan mencari mangsa. 

"Operasi mencari difokuskan dengan radius dua batu nautika dari posisi terakhir mangsa dipercayai hilang ketika melakukan selaman," katanya di sini, hari ini.

Terdahulu mangsa disedari hilang apabila tidak timbul di permukaan lebih kurang satu jam 20 minit selepas terjun melakukan selaman kali kedua seorang diri di kawasan sama.

Rakan mangsa mencari di sekitar posisi tempat kejadian namun tiada sebarang petunjuk ditemui.
Share: