Wanita 29 tahun dipenjara 14 tahun 4 bulan

Mahkamah Majistret Sibu menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan 10 bulan selepas tertuduh Banissa William mengaku bersalah terhadap 17 pertuduhan menipu dan tidak jujur memperdaya menjual barangan ( inducing delivery of property ) melibatkan RM12,963.

Majistret Mohd. Syukri Mokhtar mengarahkan Banissa, 29, menjalani hukuman penjara 14 tahun dan 4 bulan berikutan ada hukuman yang dijalankan secara serentak.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 420, Kanun Keseksaan yang memperuntukan minimum penjara setahun dan maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan denda bila didapati bersalah. 

Mengikut pertuduhan, Banissa melakukan kesalahan antara 4 Mac 2021 dan 23 Mac 2021 membuatkan 6 individu menyerahkan wang berjumlah RM12,963.

Tertuduh menipu mangsanya dengan mendakwa mempunyai peralatan elektronik dan perabot rumah yang murah untuk dijual.
Share: