BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiga kematian, dua kluster dikenal pasti

KUCHING: Sarawak merekodkan 595 kes positif Covid-19 dan tiga kes kematian baharu dikesan hari ini,

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah berkata, daripada 595 kes baharu yang dilaporkan, 46 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

"Manakala, seramai 508 orang yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin.

"Daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Bukit Mabong (199), Sibu (84), Bintulu (80), Kuching (39), Meradong (25), Miri (24), Kapit (23), Lundu (20), Kanowit (19), Mukah (19), Serian (16), Samarahan (15), Sarikei (10), Selangau (6), Bau (6), Julau (2), Betong (2), Lubok Antu (2) dan satu kes masing-masing di Subis, Sri Aman, Kabong dan Lawas," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan dua lagi kluster baharu di negeri ini iaitu Kluster Putai, Bukit Mabong dan Kluster Rayang, Serian.

Menurutnya, Kluster Putai, Bukit Mabong merupakan satu kluster di tapak pembinaan yang melibatkan pekerja projek pembinaan empangan hidroelektrik di Putai, Ulu Baleh, di daerah Bukit Mabong. 

Katanya, Kluster Rayang merupakan kluster komuniti yang dikesan di sebuah Kampung Rayang, Serian dikesan di kampung Rayang pada 6 April lalu iaitu kes positif ke-18,377 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan berumur 50 tahun dan dikesan melalui saringan individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif Covid-19. 

"Kes yang bertugas sebagai guru di Pejabat Pendidikan Serian telah disahkan positif Covid-19 pada 5 April 2021.

"Susulan daripada beberapa kes sporadik di Kampung Rayang yang disyaki telah berlaku akibat penularan jangkitan di kalangan komuniti setempat, aktiviti saringan bersasar telah dilaksanakan di Kampung Rayang pada 20 hingga 23 April lalu.
« PREV
NEXT »

No comments