Tampar isteri, dakwa curang

MIRI: Gara-gara cemburu kerana mendakwa isteri curang, seorang penganggur sanggup memukul isterinya.

Suspek didakwa menampar isterinya berusia 52 tahun di rumah mereka di Taman Bumiko.

Penganggur itu ditangkap di rumahnya di Taman Bumiko sekitar 8 malam semalam.

Suspek berhenti kerja sejak 2016 dan menjadikan isterinya sebagai pencari nafkah bagi keluarga.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata lelaki berusia 52 tahun ditangkap susulan laporan polis yang dibuat isterinya, sekitar jam jam 6 petang semalam.

"Ia berpunca kerana cemburu dan suspek menuduh isterinya curang," katanya dalam kenyataan.

Suspek direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2005.
Share: