Tadika, Taska Zon merah ditutup

          
KUCHING: Semua TADIKA dan TASKA yang berada di dalam zon merah ditutup selama 14 hari berkuat kuasa mulai esok.       

Menteri Kebajikan, Kesejahteraaan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, penutupan TADIKA dan TASKA dalam zon merah melibatkan 2,518 buah TADIKA dan 213 buah TASKA. 

Menurutnya, untuk rekod, setakat ini terdapat sejumlah 2,795 buah TADIKA dan 234 TASKA yang berdaftar di negeri Sarawak.

"Sekiranya terdapat TASKA yang mempunyai anak-anak frontliners, TASKA berkenaan perlu mengemukakan permohonan untuk beroperasi bagi memberikan perkhidmatan kepada anak-anak frontliners sahaja," katanya dalam kenyataan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan bahawa semua sekolah dalam zon merah di Sarawak ditutup selama 14 hari berkuat kuasa esok.

Permohonan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK). Ini merupakan perkhidmatan sokongan kepada frontliners yang bertugas dalam memerangi pandemik Covid-19. 

Sehubungan itu katanya, semua TADIKA dan TASKA perlu mematuhi arahan ini dalam usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19.
Share: