S'wak usaha selesaikan vaksinasi Ogos

KUCHING: Kerajaan Sarawak berusaha menyelesaikan program vaksinasi pada Ogos depan bagi memberi laluan pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari selepas DUN dijadualkan bubar pada Jun.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sehubungan itu, kerajaan mesti melengkapkan program vaksinasi supaya ia dapat mengelak peningkatan kes Covid1-9 seperti yang telah berlaku dalam PRN Sabah tahun lalu.

"Selain daripada itu, hanya perintah darurat sahaja yang boleh menunda pilihan raya atau mengubah situasi di samping turut menambah perintah darurat ketika ini akan tamat pada 1 Ogos depan.

"Jadi, jika darurat ketika ini tangguhkan sidang DUN, maka ia tidak boleh dibubarkan pada 6 Jun depan, sewaktu penggal pentadbiran tamat.

"Ia akan secara automatik terbubar selepas darurat tamat pada 1 Ogos depan," katanya dalam facebook.

Gabungan Parti Sarawak GPS kini menguasai 68 kerusi daripada jumlah keseluruhan 82 kerusi yang terdiri dari Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu #Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Beliau berkata, PRN Sarawak akan diadakan tidak lama lagi dimana Sarawak merupakan satu-satunya yang menjalankan PRN berasingan daripada pilihan raya umum.

"Pada hari Selasa lalu saya telah memberi respon terhadap kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa Sarawak sedang mempertimbangkan untuk menggunakan sejenis vaksin sejajar dengan matlamat negeri itu yang menyasarkan penduduknya dapat menyelesaikan vaksinasi pada Ogos depan sebelum pilihan raya negeri," katanya.
Share: