BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

S'wak catat 5 kematian, 760 kes baharu


KUCHING, 30 April (Bernama) -- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari dikuatkuasakan di empat kawasan di Sarawak bermula hari ini sehingga 13 Mei, bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Rumah Panjang (Rh) Rampai Sungai Anyit Selangan dan Rh Chan Minggat, Sungai Kesa di Sarikei; Rh Payau Emperan Datuk, Sungai Pinang di Pakan dan Kampung Sagah di Kuching.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut mengisytiharkan empat kluster baharu melibatkan dua kluster di daerah Miri dan masing-masing satu kluster di Kanowit dan Selangau.

Sementara itu, terdapat 760 kes baharu COVID-19 di Sarawak hari ini, menjadikan keseluruhan 30,659 kes dilaporkan di negeri ini dengan sejumlah 70 peratus daripada kes baharu yang direkodkan itu dikesan di daerah Bintulu, Kapit, Sibu dan Miri.

Selain itu, angka kematian melibatkan jangkitan COVID-19 Sarawak juga meningkat kepada 178 orang selepas lima kes kematian baharu dilaporkan dengan masing-masing dua kematian di Hospital Sibu dan Hospital Sarikei manakala satu kes di Hospital Miri.

-- BERNAMA


« PREV
NEXT »

No comments