BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sembunyi kayu balak haram dalam tanah

KUCHING:Taktik pembalak haram menyembunyikan 226 batang kayu balak haram pelbagai saiz dan spesis ke dalam tanah dengan nilai royalti dianggarkan sebanyak RM22,000 gagal menggaburi pihak Jabatan Hutan Sarawak (JHS). 

Pengarahnya, Datuk Hamden Mohamad berkata,mereka dikesan menyembunyi dengan menimbus balak haram dalam tanah di tiga lokasi yang berlainan di kawasan Sg. Lipus, Kanowit.

"Pasukan penguatkuasaan JHS berjaya menghidu taktik berkenaan hasil maklumat risikan serta pemantauan yang berterusan, di samping pengesanan awal menggunakan pelbagai peralatan teknologi yang terkini. 

"Setelah mengenal pasti lokasi, anggota penguatkuasaan daripada Pejabat Hutan Wilayah Sibu telah menyerbu kawasan berkenaan dan menggunakan jengkaut untuk menggali dan mengeluarkan semula kesemua kayu balak haram itu," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Katanya,pemeriksaan lanjut mendapati semua kayu balak itu tidak mempunyai sebarang tanda yang ia telah dibayar. 

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 96 (I), Ordinan Hutan 2015 dan jika disabitkan kesalahan akan didenda tidak kurang daripada RM25,000 hingga RM150,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. 

"Bagi pesalah yang berulang akan dikenakan denda antara RM150,000 hingga ke RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,"jelasnya.
« PREV
NEXT »

No comments