Sekolah zon merah tutup, tiada PKP hanya PKPD

KUCHING: Sarawak memutuskan menutup semua sekolah di zon merah selama 14 hari berkuat kuasa esok.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia bagi menjaga keselamatan masyarakat serta anak-anak ekoran penularan Covid-19.
Beliau berkata, Sarawak tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun hanya melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Demi keselamatan masyarakat, kerajaan memutuskan menutup semua sekolah di zon merah.
"Jika kita melaksanakan PKP, ia memberi kesan ke atas 
ekonomi.

"Kita tidak mahu menjejaskan pekerjaan dan menyebabkan rakyat kehilangan pekerjaan," katanya pada sidang media Penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19, hari ini.

Beliau berkata operasi perniagaan masih dibenarkan sehingga jam 10 malam.
Share: