BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pusat pentadbiran 16 tingkat Tanjung Manis

TANJUNG MANIS | Bangunan Pusat  Pentadbiran Daerah Tanjung Manis berharga RM78 juta dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun ini.

Bangunan setinggi 16 tingkat itu akan menjadi sebuah pusat pentadbiran sehenti menempatkan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan di daerah ini.

Fasa pertama projek yang terletak di belakang kawasan Balai Polis Tanjung Manis, terletak 23km dari Kampung Belawai itu sepatutnya dijadualkan siap pada 1 Mac 2021. 

Namun bersandarkan kepada tinjauan admin sebentar tadi projek itu mengalami sedikit kelewatan untuk siap, dan kerja-kerja yang dilaksanakan dalam peringkat akhir.

Majlis pecah tanah Bangunan Pentadbiran Daerah Tanjung Manis telah disempurnakan oleh TYT Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Bin Mahmud pada 3 Mei 2018. – SARAWAK UPDATE
« PREV
NEXT »

No comments