BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pukul pekerja puasa, empat direman


Gambar - Info Road Block JPJ & Polis

KLANG, 15 April (Bernama) -- Mahkamah Majistret Klang di sini mengeluarkan perintah reman kepada empat individu termasuk seorang pengawal peribadi bagi membantu siasatan kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa. 

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Solehah Noratikah Ismail hari ini selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan kesemua suspek berusia 38 hingga 46 tahun tersebut. 

Tiga daripada suspek yang merupakan pekerja di sebuah syarikat milik majikan terbabit direman lima hari manakala pengawal peribadi itu direman tujuh hari, bermula hari ini.

Semalam, pihak polis menahan empat individu, yang disyaki terlibat memukul dua pengawal peribadi dengan rotan kerana berpuasa. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata pihaknya menerima satu laporan polis pada 4.16 petang semalam di Balai Polis Klang, berkaitan kejadian dua lelaki tersebut yang dipukul secara bergilir di bahagian belakang badan menggunakan rotan oleh majikan dan seorang lagi pekerja.

“Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku semasa lelaki tersebut berada di rumah majikannya di Bukit Tinggi, Klang dipercayai berpunca daripada majikan memarahi mangsa kerana berpuasa,” katanya.

Shamsul Amar berkata majikan lelaki tersebut juga telah mengambil sepucuk pistol yang berada di pinggang seorang daripada dua lelaki tersebut (mangsa) dan mengacukan ke arahnya dan mengeluarkan ugutan yang menghina agama.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) mendatangkan kecederaan, Seksyen 506 KK ugutan dan Seksyen 298 KK menghina Islam.

-- BERNAMA

 


« PREV
NEXT »

No comments