BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pukul isteri guna rod besi angkara cemburu


MIRI:Gara-gara cemburu seorang suami  tergamak memukul isterinya menggunakan rod besi sehingga mangsa mengalami kecederaan di tangan kiri.

Suspek berusia 25 tahun ditangkap sekitar jam 8.30 malam Isnin lalu selepas isterinya membuat laporan polis berhubung kes itu.

Pihak polis turut merampas rod besi yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. 

Difahamkan sebelum itu pasangan suami isteri berkenaan bergaduh  sebelum suspek didakwa mengeluarkan rod besi lalu bertindak memukul isterinya. 

Suspek ditahan reman mulai Selasa lalu hingga 24 April ini, kes disiasat
 di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan yang teruk.
« PREV
NEXT »

No comments