BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Projek tambak laut Pulau Pinang mula Mei


GEORGE TOWN, 11 April (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang tetap akan melaksanakan projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) yang dijangka bermula pada  hujung  Mei atau awal Jun ini.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata kerja-kerja tambakan akan dimulakan sebaik projek tersebut mendapat kelulusan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) yang dijangkakan pada Mei.
"Jabatan Alam Sekitar mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan mereka profesional dalam kerja mereka. Tidak ada sebab untuk kita buat spekulasi (EMP itu akan ditolak)," katanya pada satu sidang media selepas meninjau tapak tambakan Pulau A di sini hari ini.

Beliau berkata lawatan hari ini merangkumi tiga titik di sekeliling Pulau A, iaitu tempat di mana kerja tambakan akan dimulakan, lokasi hujung paling selatan dan hujung sebelah barat pulau tersebut.
Di bawah projek PSR, kerajaan negeri mencadangkan projek pembangunan menebus guna kawasan laut seluas 1,821 hektar termasuk pembinaan tiga pulau buatan di kawasan selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hingga ke perairan Permatang Damar Laut.

-- BERNAMA


« PREV
NEXT »

No comments