PKPB dilanjutkan, 570 kes positif dan lima kes kematian

KUCHING: Sarawak merekodkan 570 kes positif dikesan dan lima kes kematian baharu hari ini.

Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 meningkat kepada seramai 153 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, daripada 570 kes baharu yang dilaporkan, seramai 43 orang telah
menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Menurutnya, seramai 507 orang terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin.

"Daerah-daerah yang merekodkan kes hari ini ialah Daerah Bintulu (128), Kapit (109), Kuching (76), Sibu (54), Song (45), Subis
(29), Serian (26), Bukit Mabong (16), Tatau (14), Miri (11), Kanowit (10), Belaga (10), Lundu (9), Mukah (9), Samarahan (9), Sarikei (5), Bau (3), Tebedu (2), Beluru (1), Saratok (1), Meradong (1), Betong (1) dan Selangau (1)," katanya dalam kenyataan media.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, jawatankuasa mengumumkan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak, mulai 27 April hingga 10 Mei.

Beliau menambah, sebanyak 21 daerah kekal berstatus Merah, enam daerah kekal
berstatus Jingga, 10 daerah kekal berstatus Kuning dan tiga (3) daerah kekal berstatus Hijau.
Share: