BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PKP di Sibu, Kanowit dan Selangau

SIBU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu melaksanakan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Khusus bagi Zon Sibu, Zon Kanowit dan Zon Selangau bermula 22 hingga 26 April.

Pemangku Residen Bahagian Sibu Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Wong Hee Sieng berkata, semua perkhidmatan perlu (essential services) hanya dibenarkan untuk beroperasi pada kadar 50 peratus kapasiti pekerja sahaja. 

"Waktu operasi dibenarkan adalah dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja. Manakala operasi bagi sektor lain adalah tidak dibenarkan," katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, bilangan individu dalam kenderaan persendirian adalah dihadkan kepada tiga orang sahaja.

"Aktiviti sukan/riadah adalah tidak dibenarkan. Manakaka aktiviti keagamaan adalah tertakluk kepada SOP yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri bagi Agama Islam dan UNIFOR bagi agama lain," katanya.

Selain itu katanya, restoran dan kedai makan hanya dibenarkan beroperasi secara membawa pulang (take away)/penghantaran (delivery).
« PREV
NEXT »

No comments