BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penyelam maut - Maritim siasat pihak bertanggungjawab

KUCHING – Seorang penyelam hilang dan ditemui mati di Perairan Pulau Satang Besar setelah 5 hari Operasi Search and Rescue (Carilamat) dilaksanakan pada Khamis lalu. 

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Yousry Bin Yaali, mangsa dipercayai telah melakukan selaman secara solo atau bersendirian tanpa “dive buddy” . 

Lantaran itu, Maritim Malaysia bersama PDRM sedang menyiasat punca sebenar kejadian ini berlaku dan tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada kecuaian manusia sehingga melibatkan kehilangan nyawa. 

Kes akan disiasat di bawah peruntukan seksyen 280 Kanun Keseksaan iaitu mengendalikan perahu dengan gopoh, Seksyen 474 (1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu beroperasi tanpa lesen bot yang sah dan juga Peraturan-peraturan Bot 1953. 

Maritim Malaysia menyeru kepada mereka yang ingin menjalankan aktiviti menyelam rekreasi supaya mengutamakan keselamatan dengan mematuhi tatacara yang ditetapkan oleh Certification Agency masing-masing seperti Professional Association of Diving Instructors (PADI), The National Association of Underwater Instructors (NAUI) , Scuba School International (SSI) dan sebagainya. 

Maritim Malaysia  berharap semua pihak sentiasa mengutamakan keselamatan dengan mengambil langkah sewajarnya apabila hendak melakukan apa jua aktiviti di laut.
« PREV
NEXT »

No comments