Pengunjung leka berhibur diserbu


KUCHING: Keseronokan berhibur menjadi mimpi ngeri apabila sebuah pusat hiburan hiburan terletak di Jalan Wan Alwi diserbu kerana beroperasi melebihi masa yang ditetapkan.

Seramai 10 individu terdiri daripada lima wanita dan seorang lelaki tempatan berusia antara 24 hingga 45 tahun (termasuk deejay dan pelayan pusat hiburan) serta tiga wanita dan seorang lelaki warga asing yang berusia antara 36 hingga 43 tahun ditahan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superinten Merbin Lisa berkata, pusat hiburan tersebut mempunyai lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), namun didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan apabila beroperasi melebihi masa.

"Ketika pemeriksaan dijalankan terdapat pelanggan yang sedang berhibur," katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi dijalankan pasukan Bahagian Narkotik dan Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching. 

Mereka yang ditahan dikenakan kompaun serta perlu dijelaskan di Pejabat Kesihatan Daerah Kuching dalam tempoh 14 hari.

Manakala warga asing ditahan bagi semakan dokumen dan seterusnya dirujuk ke Pejabat Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

Share: