BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pengendali pusat karaoke tak puas hati

KUCHING:Pengendali karaoke keluarga di Kuching melahirkan rasa tidak puas hati berikutan diarahkan menghentikan operasi sekali lagi mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) yang dilanjutkan di Sarawak.

Memetik laporan Borneo Post,
wakil mereka Fam Wee Chiang menyatakan bahawa penutupan operasi perniagaan mereka secara berpanjangan jelas tidak bijaksana, membuang masa dan membebankan pengusaha. 

Menurutnya, menutup operasi karaoke keluarga bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian untuk membendung wabak Covid-19 kerana ada banyak langkah lain yang dapat diambil tanpa perlu menutup mereka yang telah mematuhi SOP. 

"Kerajaan menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri(JPBN) harus mengambil pendekatan yang tepat, bukannya berulang kali menggunakan pendekatan yang sama tanpa banyak kejayaan dalam membendung penyebaran penyakit ini.

"Keputusan JPBN dan menutup industri ini tanpa memberikan bantuan kewangan atau rancangan subsidi boleh dianggap tidak bertanggungjawab dan tanpa menunjukkan rasa empati," katanya.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Urusan K11 Karaok dan Hiburan berkata, penutupan industri yang berpanjangan akan menyebabkan perniagaan gulung tikar.

"Penutupan perniagaan memaksa pekerja kita kehilangan pekerjaan dan ini akan menyebabkan kadar pengangguran meningkat. 

"Ini juga boleh menyebabkan masalah sosial seperti kecurian,rompakan dan lain-lain serta peningkatan kadar kemiskinan negara,"ujarnya.

Katanya,karaoke keluarga adalah perniagaan gaya hidup sihat yang disukai tanpa mengira kaum.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengumumkan perlanjutan PKPB dari 13 hingga 26 April memandangkan jumlah kes positif yang tinggi, namun telah dilanjutkan hingga 17 Mei.
« PREV
NEXT »

No comments