BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pemilik kedai wanita kerugian RM12,000 diragut


KOTA SAMARAHAN: Seorang pemilik kedai runcit wanita berusia 55 tahun  di Kampung Empila, di sini, kerugian RM 12,000 selepas diragut dua lelaki petang semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu,wanita terbabit menjaga kedai runcitnya seorang diri dan tidak ada pelanggan lain datang ke kedai itu.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata,kedua-dua suspek datang menaiki sebuah kereta.

"Seorang daripadanya masuk ke dalam kedai untuk membeli barang,ketika mangsa mengambil wang bayaran, tiba-tiba suspek terus meragut gelang emas dan rantai emas mangsa lalu melarikan diri.

"Selepas meragut barang kemas mangsa, suspek terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju melarikan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,difahamkan suspek bertopi serta memakai pelitup muka, dan tidak menggunakan senjata. 

"Modus operandi yang digunakan ialah seorang menunggu di dalam kereta manakala seorang lagi masuk ke dalam kedai," ujarnya.

Beliau berkata, usaha mengesan kedua-dua suspek sedang giat dijalankan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh berhubung dengan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan," tegasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
« PREV
NEXT »

No comments