BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pelajar tidak dibenarkan keluar asrama

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memutuskan tidak membenarkan pelajar yang tinggal di insitusi pendidikan dan sekolah berasrama keluar atau balik dalam tempoh 14 hari.

Pengerusi JPBN yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, mereka dikehendaki terus kekal di asrama masing-masing demi keselamatan diri dan keluarga.

"Jika tinggal di asrama, mereka akan lebih selamat. Mereka boleh keluar dalam kawasan institusi dan sekolah tetapi mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam mengumumkan, Kerajaan Sarawak mengarahkan semua sekolah yang berada dalam zon merah di negeri ini ditutup selama 14 hari, susulan trend
peningkatan kes jangkitan baharu COVID-19 di negeri ini.

Beliau berkata perkara itu diputuskan selepas membuat penilaian mengenai jangkitan di kawasan sekolah
yang boleh berjangkit kepada pelajar, ibu bapa dan guru.

“Demi kesihatan anak dan masyarakat setempat, kerajaan Sarawak memutuskan untuk menutup semua sekolah di kawasan merah,” katanya.
« PREV
NEXT »

No comments