BERITA MUTAKHIR
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Nelayan hilang ditemukan selamat

Gambar ihsan Meradong Today
TANJUNG MANIS: Nelayan yang hilang ketika keluar menangkap ikan di muara sungai batang Paloh, di sini, semalam, di temui selamat.

Abdul Wahab Mohd Yusuf, 59, ditemui orang awam di pantai Mas (kawasan sungai Batang Paloh).

Difahamkan keadaan cuaca yang tidak elok dan bekalan minyak tidak mencukupi menyebabkan mangsa tidak dapat balik dan terpaksa mencari tempat berlindung.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.48 malam tadi.

"Ketika pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang menjalankan pencarian menuju ke Muara Sungai Batang Paloh jam 7 pagi ini, mereka menerima maklumat daripada orang awam mengatakan mangsa dilaporkan hilang telah dijumpai di sungai dalam keadaan selamat,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan SAR yang terdiri daripada oihak Bomba, Polis serta Lembaga Sungai Sarawak (LSS) sedang menuju ke lokasi menggunakan dua buah bot.

"Perjalanan menuju ke Muara Sungai Batang Paloh dari pusat jawala operasi di jeti LKIM Belawai, dianggarkan satu jam menyusuri sungai Bangau,"ujarnya.
« PREV
NEXT »

No comments